Assalamualaikum...
Selamat siang ibu2..macam mne ari ni? anak2 da ke sekolah? (bgi yg sekolah petang cam anak saya) dan bagi anak2 yang skolah sesi pagi tu mesti da ada kat rumah kan..mungkin ada ibu2 yang cbuk melayan ahli keluarga makan kemungkinan jgak ada ibu2 yang duk beristirehat..maklum la perut da kenyang..yuhuu rest time...hihi..sambil goyang kaki tu mesti sambil cari idea untuk mnyediakan juadah minum ptg pulak kan..tu la saper kata suri rumah ni byk rileks kan..
Ok la berbalik pada topik kita ari ni iaitu berkenaan ngan kek..kat n3 ni saya akan share info berkenaan ngan jenis kek dan tips2 membuat kek.Info ni sya dapat dari Buku Jamuan Kek by Chef Zubaidah dan untuk pengetahuan semua saya terlebih dahulu sudah minta izin dr beliau sendiri.Bila beliau dah izinkan maka terlahir lah n3 ini.Bukan aper info ni amat berguna untuk orang yang baru nak berjinak2 dalam pembuatan kek cam saya ini dan untuk dijadikan rujukan saya dari semasa ke semasa.Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk adik2 dan kakk2 di luar sana jgak.Saya percaya info yang saya kongsikan ini mungkin hanya sedikit jika dibandingkan dengan ilmu2 yang adik2 dan kakk2 ada kan?Nanti boleh la kongsi kan bersama yer..Hehe...ok la jom kite semak info berguna ini...
~ MENGENALI KEK ~
1.Kek Span
- Kek span adalah kek yang berasaskan tepung (biasanya tepung gandum),gula dan telur.Kadang-kala beragi dengan menggunakan serbuk penaik menjadikan struktur kek pejal tetapi gebu seperti span laut.
Awalnya kek span dianggap sebagai salah satu kek yang tidak beragi.Resepi kek span terawal direkodkan dalam sebuah buku pada tahun 1615 oleh penyair Inggeris yang bernama Gervase Markham.
Kek span adalah sejenis variasi dari roti Sepanyol, kek yang dicipta oleh Giobatta Cabona,tukang masak dari Genoa yang bekerja dibawah duta Genoa di Sepanyol, pada sebuah majlis di mana dia mempersembahkan kek yang sangat ringan.
2.Kek Gulung
- Kek gulung atau kek jeli adalah salah satu jenis kek span bergulung.Kek nipis ini diperbuat daripada telur,tepung dan gula.Selepas itu ia dibakar dengan menggunakan loyang segiempat tepat.Kek dikeluarkan dan disapu dengan jem atau krim mentega kemudian gulung dan ianya sedia disajikan.
Kek gulung berasal dari Eropah Tengah,bukannya dari Switzerland.Kek ini diperkenalkan pada abad ke-19 bersama Kek Lapis Battenberg,donat dan Kek Span Victoria.
3.Kek Mentega
- Kek mentega adalah kek yang menggunakan mentega sebagai bahan utama.Bahan-bahan lain termasuk telur,tepung dan agen penaik ( serbuk penaik atau serbuk soda ).
Kek ini berasal dari kek paun Inggeris yang dibuat tradisional iaitu gunakan mentega,tepung,gula dan telur yang sama bahagiannya untuk membuat kek yang berat dan kaya dengan mentega.
Ciptaan serbuk penaik dan agen-agen penaik lain semasa abad ke-19 meningkatkan fleksibiliti kek paun tradisional dengan menghasilkan kek yang lebih ringan dan gebu dengan menggunakan kombinasi yang sama.Dengan tranformasi ini terciptanya kek mentega moden.
4.Kek Keju
- Kek keju adalah pencuci mulut yang terdiri daripada keju yang lembut dan segar untuk bahagian atas dan biskut,pastri atau kek span sebagai bahagian bawah.Kej boleh dibakar dalam ketuhar atau disejukkan dalam peti sejuk.
Kek keju dipercayai berasal dari zaman Yunani Kuno.Ahli sejarah percaya kek keju disajikan kepada para atlet semasa Sukan Olimpik pertama pada 776sm.Pada zaman itu kek keju dibuat dengan menggunakan keju lembut dari susu kambing dan susu domba.Keju tersebut dicampur dengan tepung gandum,telur,madu dan kemudian dipanggang.
~ TIP-TIP MEMBUAT KEK ~
1. Sila panaskan dahulu ketuhar selama 15 minit sebelum memasak kek.
2. Gunakan tepung halus agar kek menjadi lebih halus,gebu dan lembut.
3. Ayak serbuk penaik,soda bikarbonat dengan tepung agar adunan menjadi rata dan kek boleh naik dengan sempurna.
4. Apabila memasukkan telur ke dalam adunan sila gunakan kelajuan tinggi agar telur sebati dengan sempurna.
5. Apabila memasukkan tepung pula hendaklah menggunakan kelajuan rendah dan sekejap sahaja.Jika tidak kek akan menjadi keras.
6. Sekiranya kek dikukus hendaklah menutup kek dengan aluminium foil agar kek tidak dimasuki air.
7. Mentega hendaklah berada di dalam suhu bilik.Jangan cuba lembutkan mentega dengan memanaskannya di atas api.
Di harap perkongsian ini sedikit sebanyak boleh dijadikan rujukan untuk kita bersama.Sekian sahaja untuk kali ini dan wassalam...
P/S: Kepada sesiapa yang nak CNP info ini dipersilakan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan