Halaman

Khamis, 26 September 2013

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum...

Hai semua..saya doakan semoga berada di dalam keadaan baik2 saja.Dah ada yang tido ke? untung la dapat tido awal..saya ni pulak da terbiasa pukul 12 ke pukul 1am baru rse nak tido tapi kadang-kadang ada gak time out of service.Tengok2 dah lentok..atas sofa pun jadi,kata mr hubby dia ckap sorang2.Kesian...hihi..
Malam ni boleh landing lebih ckit sbb anak2 tido awal mungkin penat la tu main kat taman petang tadi.Gitu la kebiasaannya,hari khamis seminggu sekali saya akan bawak Nadeem,Isha n Ira main kat taman berdekatan ngan umah kami ni.Bukan aper ari khamis sekolah Shafika abis pukul 6.05 ptg jadi boleh la papanyer singgah sekali kat taman lepas jemput Shafika dari sekolah.Kalau ari lain xde chance nak g taman sebab sekolah abis agak lewat petang.
Bila anak2 tido apalagi mr hubby duk melayan kucing lah.Sampai berkejar-kejar ngan si ciko tu.Yang paling tak boleh tahan malam ni makan mr hubby masak kan tom yam.Apalagi mam besar rileks laaaa.Tks yer mr hubby..hehe..sedap banget..
Ok lah berbalik pada tajuk n3 saya malam ni saya nak share resepi blueberry cheese tart tapi sebelum tu nak tanya saper yang suka makan cheese tart..haah kita boleh geng.Saya pun suka sangat ngan cheese tart ni lebih2 lagi yang sejuk.Lagi sedap rasanya kan.
Sebenarnya termasuk semalam dah dua kali saya buat cheese tart ni.Pertama kali buat time bulan pose ari tu.Saya buat letak filling blueberry n strawberry.Memang mendapat sambutan.Anak2 pun lepas sorang2 keluar masuk dapur bukak peti ais.Seronok tengok gelagat diorang.Mr hubby pun cakap sedap apa lagi kembang la kejap hidung mama ni..he2..excited ada..xcaya pun ada sebab cheese tart yang biasa kita boleh jumpa kat kedai kek ni rupanya kita boleh sediakan fresh lagi dari umah kita.Lagi puas hati kan jamu orang tersayang ngan air tangan sendiri.
Tapi jangan tak tahu sebelum nak mula buat cheese tart ni lama jgak saya study pasal cara2 nak menyediakan shell/crust n cream cheese tu.Bukan aper orang baru nak belajar cam saya ni kadang2 lambat ckit nak alert.Maklum la faktor usia gak kot..huhu..
Saya dapat resepi ni kat SINI.Terima kasih yer Kak Ita siap buat step by step lagi.Memang banyak membantu saya di atas segala info yang beliau kongsikan.
Ok lah tak nak cakap banyak lagi jom kita terus check bahan2 dan cara2 untuk menyediakan shell/crust dan cream cheese untuk cheese tart kita.

BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi : Kak Ita Masam Manis
Oleh : @mamaanisnadeem

Bahan-bahan ( shell/crust )

170gm marjerin atau butter
50gm gula icing
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sk esen vanilla
Acuan tart

Cara-cara :

1. Pukul marjerin @ butter bersama gula dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.Jangan pukul terlalu lama.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul lagi dgn senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut.

** kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
** untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh ke dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart.Buat hingga habis dan susun ke dlm dulang pembakar.Kemaskan bahagian tepi tart dgn menggunakan pisau.
5. Cucuk dgn garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 - 25 minit atau hingga masak.

** shell/crust ni kita boleh sediakan terlebih awal.
** simpan dlm bekas kedap udara dan ia tahan lama.
** tunggu shell/crust betul2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cream cheese.
** jika guna telur gred B buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan shell/crust menjadi keras sangat.

Bahan-bahan ( filling )

Filling blueberry,strawberry,coklat,kiwi,oren atau jem nenas.
( bahan2 utk filling ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2 utk membuat kuih dan kek)

Cara-cara :

1. Masukkan filling blueberry atau kesukaan ke dlm piping bag.
2. Picitkan filling tadi ke dlm shell/crust.Lebih banyak lebih sedap.
3. Ketepikan.Sedia untuk membuat cream cheese.

Bahan-bahan ( cream cheese )

250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur gred B
1/2 sk esen vanilla

Cara-cara :

1. Putarkan cream cheese dan gula kastor hingga berkrim.

** keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan.
** jangan biarkan cream cheese
mencapai ke suhu bilik.

2. Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi.
3. Masukkan cream cheese ke dlm piping bag dan picit ke dlm shell/crust yang sudah diletakkan filling terlebih dahulu.
4. Kemudian bolehlah kita mulakan proses melorek ke atas cheese tart tadi.
5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah celcius.Sentuh cream dgn hujung jari jika tak melekat maknanya telah masak.Jika tidak,bakar lagi lebih kurang seminit lagi.
6. Sedia dihidang.Boleh dimasukkan ke dlm peti ais.

** untuk rujukan saya di masa akan datang..bakar api atas dan bawah tetapi diletakkan dulang pembakar di rak yang bawah.
** simpan di dlm bekas kedap udara dan masukkan ke dlm peti ais.

Sekian..selamat mencuba yer..jumpa lagi di masa akan datamg. in sha Allah...

Selasa, 24 September 2013

Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum...

Selamat pagi Rabu..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama dengan insan2 tersayang..semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam.Itulah tujuan utama hidup kita kan,sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik.Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Pagi yang cerah..mood pun jadi ceria jer kan tu lah sbbnyer pagi2 da berblog.Isha tido lagi..krja umh dah beres..apa lagi ambil peluang jap sambil melayan kerenah cinonet Ira ni.
Macam mne ibu2..rutin ari ni berjalan dgn lancar tak atau ada yang jadi kucar-kacir ckit.Biasa lah kan kadang2 kerja kat rumah ni jadi mudah semuanya tpi kadang2 benda yang kita buat tu semuanya jadi tak kena..ada jer benda yang tak berkenan kat mata.
Sabar yer...
Sebenarnya pagi ni saya masih nak share  resepi pasal kek.Maklum lah keluarga kek.Satu rumah ni memang suka makan kek.Tu sebabnyer saya suka mencuba pelbagai resepi kek.Memang mendapat sambutan.Kadang2 bila lama cuti membaking anak2 akan tanya "kenapa mama tak buat kek".
Tu la sebabnyer saya rajin mencari resepi kek kat buku2 dan jugak blog2.Dan saya beruntung mempunyai juri tetap dalam memberi komen setiap resepi kek yang saya cuba iaitu mr hubby...hehe..anak2 pun dah pandai memberi pandangan masing2..masih dlm proses belajar so byk la komen dan pandangan yg diberikan mereka.In sha Allah akan saya perbaiki di masa akan datang.Ok lah berbalik pada kek yang saya akan share resepi ari ni adalah sejenis kek yang memang tak asing bagi kita.Dan saya percaya dah ramai adik2 dan kakak2 yang sudah mencuba resepi kek ni.Nama lain yg biasa digunakan utk kek ni ialah Kek Ombak Rindu..dah macam tajuk filem lak kan.Resepi ni saya dapat dari Buku Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah.Saya amat berpuas hati dengan rasa dan struktur kek ni.Manisnyer yang sedang2 saja dan sedikit rasa pahit dari taburan serbuk koko tu.Jom kita check resepi di bawah yer..

KEK ALUNAN KASIH

Bahan-bahan :

250g mentega *saya guna buttercup
5 biji telur
300g tepung naik sendiri *saya guna tepung gandum
200g gula kastor
100g susu cair
2 sb susu pekat manis
1 sk ovalette
- beberapa titik pewarna mengikut kesukaan
- serbuk koko yang secukupnya

Cara-caranya :

1. Pukul mentega,gula kastor dan ovalette.
2. Masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung,susu pekat manis dan susu cair.Sebatikan adunan dan gaul sehingga rata.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan ke dalam setiap satu.
4. Tuangkan adunan pertama ke dalam acuan berukuran 8".Ayakkan serbuk koko di atas adunan dan tuangkan adunan berwarna lain.Ulangi sehingga semua adunan habis digunakan.
5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba yer..

Kek Coklat Moist Kukus & Ganache

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk saya menulis sekali lagi kat blog yg x seberapa ni walaupun kesihatan sedikit terganggu..lame rsenyer xdmm tpi sekali demam abis semua satu badan jadi berat.Lenguh2..sakit2 semua sendi dan urat2 ni..
Semua krja dapat buat yg mne larat jer..yg xlarat tu past kat mr hubby tlg..hehe..tks yer mr hubby..nasib la anak2 tak meragam sgt mungkin kesian tgk mamanyer yang asyik terbaring jer..alhamdulillah..tks ank2 ku..
Ok la sebenarnyer resepi kek ni saya dapat dari azlita masammanis.com dan saya dah pun mencubanya.Walaupun sebelum ni saya pernah mencuba satu dua resepi kek coklat moist kukus tapi bagi saya yang ni paling moist dan menepati selera kami sekeluarga.Ditambah lagi kek yang bersalut ganache coklat yang ummmpphh....hingga terjilat2 jari dibuatnyer..kat sini jgak saya akan kongsikan beberapa resepi ganache coklat yang mungkin salah satu menjadi pilihan adik2 dan kakak2 yer...yang penting kek ni menggunakan sukatan cawan.Kejap jer nak buat kek ni..zup..zup..zup..dah siap...
Jom kita check resepi kek ni..

KEK COKLAT MOIST KUKUS
Resepi Asal : Pn.Munira Baharum
Rujukan : Kak Azlita Masam Manis
Oleh : @mamaanisnadeem

Bahan2 A :

1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair *sya tukar ngan susu coklat dutchlady
1 cwn susu pekat
1 cwn myk masak
** semua bahan di atas  digaul sebati dan masak di atas api perlahan.
** Bila dah sebati,rehatkan sekejap adunan tersebut.

Bahan2 B :

3/4 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbonat ( sudu kfc )
1 sk baking powder ( sudu kfc )
** semua diayak

Bahan2 C :

4 biji telur ( blender jer )

Cara-caranya :

1. Satukan bahan2 A.
2. Masukkan bahan2 B ke dlm bahan A secara berselang seli dengan bahan C.
3. Gaul dengan menggunakan senduk sahaja.
4. Griskan loyang dengan minyak masak dan panaskan terlebih dahulu loyang tersebut sebelum tuang adunan kek.
5. Kukus kek tersebut selama 30 - 45 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.
6. Untuk memastikan kek sudah masak ialah dengan mencucuk kek tersebut dgn lidi,bila tak melekat maka masak lah kek kita.

***untuk rujukan saya..sebelum dikukus loyang ditutup dengan aluminium foil supaya air kukusan xmenitik atas kek yang menyebabkan permukaan kek berlubang-lubang.
*** jika menggunakan bekas plastik/tupperware boleh ditutup bekas tersebut dengan penutup bekas yg digunakan.

RESEPI GANACHE 1

Bahan2nya :

500g coklat masakan
500g fresh cream
2 sk golden syrup

Cara2nya :

1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boil.Bila dah cair ketepikan.
* utk cepat cair coklat boleh dicincang atau dipotong dadu.
2. Ambil fresh krim dan masak guna kaedah double boil.Pastikan dah suam/panas sebelum diangkat.
* tak perlu sampai menggelegak
3. Masukkan fresh cream tadi ke dlm bekas yang berisi coklat cair dan kacau lagi secara double boil hingga sebati.
4. Masukkan golden syrup.Kacau lagi hingga sebati dan tutup api.

RESEPI GANACHE 2

Bahan2nya :

1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn air masak
1 cwn gula
1 cwn susu segar
1 sk serbuk nescafe
3 sb susu pekat

Cara2nya :

1. Satukan kesemua bhn di atas dan ditapis sebanyak 3x.
2. Kemudian masak secara double boil.Perlu dikacau berterusan sehingga adunan coklat memekat.
3. Semakin lama dikacau akan menjadi semakin pekat.Sesuaikan kepekatan yang diingini.
4. Untuk cairkan semula boleh tambahkan susu cair.
* ganache ni tidak sesuai untuk hiasan fondant sbb ia akan mencair...

Sekian..selamat mencuba yer..babai....

Ahad, 22 September 2013

Nasi Dagang Teganu Kite

Assamualaikum...

Cbuk ker adik2,kakk2 n makcik2..atau kuar brjalan ari ni,ye la time cuti camni la nk merayap kan..asyik kat umah jer boring jgak kan.Sekali sekala kuar cuci mata apa salahnyer..saya sekeluarga ari ni kat umah jer sbb my hubby da warning awal2 yang ari ni dia ad mesyuarat rukun tetangga kat blok kami ni.Pastu byk krja nak buat katanyer..mndikan kucing la,servis aircond la dan bersihkan akuarium..hhmmm byk krja nk kna bwat tu tpi xpe la bukan selalu kan....
Oh ya berbalik pada tjuk n3 saya ari ni..tak lain tak bukan adalah citer pasal nasi dagang.Sebenarnya dah lame saya nak masak sendiri nasi dagang tapi ntah la takut2 jer nak buat..takde keyakinan pun ye jugak tapi semalam mnjadi hari bersejarah pada saya kerana berjaya memasak sendiri nasi dagang dan gulai ikan tongkol..seronok tak terkira tgk suami dan anak2 menikmati dgn berselera sekali..Alhamdulillah rezeki kami semalam..tapi baru 1st time buat kan byk lagi yang boleh diperbaiki semoga di masa akn datang nasi dagang saya mnjadi lebih sedap..hehe..
Resepi nasi dagang ni sebenarnya  dah lama berada dlm simpanan saya yang diperolehi daripada tok kat kampung.Tok mmg pakar buat nasi dagang ni.Bila hari raya ni la juadah istimewa beliau sajikan untuk anak,cucu dan menantu..terangkatttt...adoiii rindu pulak ngan nasi dagang beliau...hehe..
Dengan nasinyer yang lemak tu dan ditambah lagi ngan gulai ikan tongkol yang best tu..mmg tak rugi la mncuba resepi dari tok ni.
Ok la adik2 dan kakak2..xmo cakap byk lagi jom kte terus check senarai resepi nasi dagang teganu kite ni..tpi cam biasa la kte main agak2 ye resepinyer tak perlu nak sukat2 sangat..senang dan mudah..mudah..mudah..ngee...

NASI DAGANG

BAHAN-BAHANNYA : ( utk sekeluarga 5-6 org )

4 cwn beras
2 cwn beras pulut
2 cwn santan cair
2 - 2 1/2 cwn santan pekat
Halia
5 ulas bwg merah
Halba
Garam secukupnya

CARA-CARANYA :

1. Mula2 campurkn dan bersihkan kedua-dua beras.Rendam semalaman.
( kalau nak makan pgi keesokan mlm ni boleh direndam )
2. Setelah direndam semalaman bersihkan dan toskan.Masukkan ke dlm periuk pengukus yg dah dipanaskan terlebih dahulu.
3. Kukus setengah masak ( dlm 25-30 min ) dan angkat.Masukkan ke dlm bekas besar dan tuang santan cair.Gaul sebati dan kukus sekali lgi.
4. Setelah masak angkat dan masukkan sekali lgi ke dlm bekas besar.Gaul sebati dengan santan pekat yang sudah ditambah garam.
5. Masukkan hirisan bwg merah dan halia.Masukkan halba.Gaul sebati dan kukus lgi dlm 5-10 min.
6. Angkat dan hidang bersama gulai ikan tongkol.

* Beras yg digunakan adalah beras biasa untuk makan sehari-hari sbb tu saya campurkan beras pulut untuk dptkan tekstur yg diingini.Nisbahnyer 1 cwn beras biasa = 1/2 cwn beras pulut.
* Bgi yang menggunakan beras wangi boleh gunakan sukatan mcm biasa.Tak perlu ditambah beras pulut lgi.

GULAI IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHANNYA :

Seekor ikan tongkol hitam ( size sederhana - besar )
*10 - 12 ulas bwg merah kecil
*3 ulas bwg putih
*Sebesar ibu jari halia
*Lengkuas
*2 btg serai
*2 - 3 sb cili boh
Asam keping
Gula Merah
1 paket kecil rempah gulai cap bunga ros
1 paket kecil rempah masak cap bunga ros
1 btg kulit kayu manis
Sedikit belimbing buluh
Sedikit cili padi
Santan secukupnya
Garam dan perasa
* Bahan yg perlu dikisar dgn sdikit air

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan ikan dan kukus bersama sedikit garam dan asam keping.
*kaedah kukus disini ialah masak ikan tadi dalam periuk bersama garam dan asam keping.Pastikan air meliputi ikan sahaja.Tak perlu terlalu byk airnya.
2. Bila dah masak ketepikan.Sediakan bahan2 gulai.
3. Masukkan santan ke dlm periuk bersih.Agak2 kepekatannya.
4. Bila santan dah hampir mendidih masukkan bahan kisar bersama kulit kayu manis.Diikuti kedua-dua jenis rempah yg telah dibancuh dgn sdikit air.Masak hingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan asam keping,gula merah,garam dan perasa.
6. Masukkan pula belimbing buluh dan cili padi ( xperlu dipotong )
7. Kacau lagi hingga kuah gulai sedikit pekat.Sesuaikan rasa.Akhir sekali masukkan ikan yg telah dikukus terlebih dahulu tadi.
8. Sedia dihidang.
* Gulai seeloknya dimasak terlebih awal untuk dapatkan kuah yang betul2 sedap dan tekstur ikan yg btul2 sebati dgn kuah.Jika utk dimkn waktu pgi mlm sebelumnya boleh lah dimasak gulai tersebut.
* Pd yang gemar boleh sediakan acar timun untuk di mkan bersama nasi dagang + gulai ikan tongkol.

Kepada adik2 dan kakak2 cuba lah resepi ni yer.Memang berbaloi2.Rasa sekali pasti nak buat lagi..hehe..ok la tataaaaa..

Selamat mencuba yer.....

Jumaat, 20 September 2013

Kuih Keria Keledek

Assalamualaikum...

Dah tido ke adk2..kakak2..ok la tu masa pun da lewat kan..dapat rebahkan bdan yg tak duduk diam satu hari nikmat sungguh rasanyer..macam2 benda nak dibuat.Nama jer bwat kerja dalam umah tpi klau letak meter kat kaki ni mungkin sama jauh perjalanan dari Klang ke Shah Alam..hehe..
Ok la n3 kali ni saya nak share
satu resepi yang mudah dan boleh disediakan oleh sesiapa saja.Disamping itu boleh dijadikan rujukan untuk saya sendiri..maklum la kadang2 resepi yg mudah pun klu lama tak dipraktikkan bleh lupa jgak ditambah lagi faktor usia ku ini..huhu..ok la jom check resepi senang ni..

KUIH KERIA KELEDEK

BAHAN-BAHANNYA : ( 25 biji saiz sederhana )

* Ubi Keledek (saya guna yg kuning 400g)
* Tepung Gandum
* 1 biji telur
* 1 sb marjerin
* Gula
* Sedikit air

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan keledek dan rebus hingga empuk.Sejukkan,buang kulit dan lecek.
2. Masukkan telur dan marjerin.
3. Gaul sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli sebati dan pastikan keadaan doh sedikit melekat pada jari.
*utk memudahkan doh dibentuk sapukan sedikit minyak masak pada jari.
5. Susun doh yang telah dibentuk seperti donut dengan menggunakan tangan atau acuan donut.
6. Setelah dibentuk boleh lah digoreng hingga masak.Ketepikan.
* goreng dalam myk yang bnyak dan dgn api perlahan.
7. Untuk sira.
~ Masukkan 4-5 sudu besar gula ke dlam kuali bersama 4-5 sudu besar air
~ Masak hingga berbuih dan msukkan kuih keria tadi.
~ Kacau hingga sebati dan sedia dihidang.
*sira gula akan mengeras dengan cepat dan menjadi berketul2.
*pd yang tidak menggemari kuih keria yang disira boleh lah digaul dengan gula icing.

Sekian..selamat mencuba yer resepi kuih keria yang sedap dan lembut ini.Babai...bersua lagi di n3 akan datang..he2..












Khamis, 19 September 2013

Mengenali Kek & Tips Membuat Kek

Assalamualaikum...

Selamat siang ibu2..macam mne ari ni? anak2 da ke sekolah? (bgi yg sekolah petang cam anak saya) dan bagi anak2 yang skolah sesi pagi tu mesti da ada kat rumah kan..mungkin ada ibu2 yang cbuk melayan ahli keluarga makan kemungkinan jgak ada ibu2 yang duk beristirehat..maklum la perut da kenyang..yuhuu rest time...hihi..sambil goyang kaki tu mesti sambil cari idea untuk mnyediakan juadah minum ptg pulak kan..tu la saper kata suri rumah ni byk rileks  kan..
Ok la berbalik pada topik kita ari ni iaitu berkenaan ngan kek..kat n3 ni saya akan share info berkenaan ngan jenis kek dan tips2 membuat kek.Info ni sya dapat dari Buku Jamuan Kek by Chef Zubaidah dan untuk pengetahuan semua saya terlebih dahulu sudah minta izin dr beliau sendiri.Bila beliau dah izinkan maka terlahir lah n3 ini.Bukan aper info ni amat berguna untuk orang yang baru nak berjinak2 dalam pembuatan kek cam saya ini dan untuk dijadikan rujukan saya dari semasa ke semasa.Mungkin boleh dijadikan rujukan untuk adik2 dan kakk2 di luar sana jgak.Saya percaya info yang saya kongsikan ini mungkin hanya sedikit jika dibandingkan dengan ilmu2 yang adik2 dan kakk2 ada kan?Nanti boleh la kongsi kan bersama yer..Hehe...ok la jom kite semak info berguna ini...

~ MENGENALI KEK ~

1.Kek Span
- Kek span adalah kek yang berasaskan tepung (biasanya tepung gandum),gula dan telur.Kadang-kala beragi dengan menggunakan serbuk penaik menjadikan struktur kek pejal tetapi gebu seperti span laut.
Awalnya kek span dianggap sebagai salah satu kek yang tidak beragi.Resepi kek span terawal direkodkan dalam sebuah buku pada tahun 1615 oleh penyair Inggeris yang bernama Gervase Markham.
Kek span adalah sejenis variasi dari roti Sepanyol, kek yang dicipta oleh Giobatta Cabona,tukang masak dari Genoa yang bekerja dibawah duta Genoa di Sepanyol, pada sebuah majlis di mana dia mempersembahkan kek yang sangat ringan.

2.Kek Gulung
- Kek gulung atau kek jeli adalah salah satu jenis kek span bergulung.Kek nipis ini diperbuat daripada telur,tepung dan gula.Selepas itu ia dibakar dengan menggunakan loyang segiempat tepat.Kek dikeluarkan dan disapu dengan jem atau krim mentega kemudian gulung dan ianya sedia disajikan.
Kek gulung berasal dari Eropah Tengah,bukannya dari Switzerland.Kek ini diperkenalkan pada abad ke-19 bersama Kek Lapis Battenberg,donat dan Kek Span Victoria.

3.Kek Mentega
- Kek mentega adalah kek yang menggunakan mentega sebagai bahan utama.Bahan-bahan lain termasuk telur,tepung dan agen penaik ( serbuk penaik atau serbuk soda ).
Kek ini berasal dari kek paun Inggeris yang dibuat tradisional iaitu gunakan mentega,tepung,gula dan telur yang sama bahagiannya untuk membuat kek yang berat dan kaya dengan mentega.
Ciptaan serbuk penaik dan agen-agen penaik lain semasa abad ke-19 meningkatkan fleksibiliti kek paun tradisional dengan menghasilkan kek yang lebih ringan dan gebu dengan menggunakan kombinasi yang sama.Dengan tranformasi ini terciptanya kek mentega moden.

4.Kek Keju
- Kek keju adalah pencuci mulut yang terdiri daripada keju yang lembut dan segar untuk bahagian atas dan biskut,pastri atau kek span sebagai bahagian bawah.Kej boleh dibakar dalam ketuhar atau disejukkan dalam peti sejuk.
Kek keju dipercayai berasal dari zaman Yunani Kuno.Ahli sejarah percaya kek keju disajikan kepada para atlet semasa Sukan Olimpik pertama pada 776sm.Pada zaman itu kek keju dibuat dengan menggunakan keju lembut dari susu kambing dan susu domba.Keju tersebut dicampur dengan tepung gandum,telur,madu dan kemudian dipanggang.

~ TIP-TIP MEMBUAT KEK ~

1. Sila panaskan dahulu ketuhar selama 15 minit sebelum memasak kek.

2. Gunakan tepung halus agar kek menjadi lebih halus,gebu dan lembut.

3. Ayak serbuk penaik,soda bikarbonat dengan tepung agar adunan menjadi rata dan kek boleh naik dengan sempurna.

4. Apabila memasukkan telur ke dalam adunan sila gunakan kelajuan tinggi agar telur sebati dengan sempurna.

5. Apabila memasukkan tepung pula hendaklah menggunakan kelajuan rendah dan sekejap sahaja.Jika tidak kek akan menjadi keras.

6. Sekiranya kek dikukus hendaklah menutup kek dengan aluminium foil agar kek tidak dimasuki air.

7. Mentega hendaklah berada di dalam suhu bilik.Jangan cuba lembutkan mentega dengan memanaskannya di atas api.

Di harap perkongsian ini sedikit sebanyak boleh dijadikan rujukan untuk kita bersama.Sekian sahaja untuk kali ini dan wassalam...

P/S: Kepada sesiapa yang nak CNP info ini dipersilakan.

Isnin, 16 September 2013

Sup Makaroni Secukup Rasa

Assalamualaikum..

Duk buat aper tu? Dah sarapan? Adik2..kakak2 dan makcik2 buat sarapan aper ari ni untuk keluarga..tu la kadang2 buntu nak memikirkan menu sarapan untuk anak2 ni..klu da kering sangat idea ni jalan penyudahnyer beli la..tinggal tunjuk jer..nsi lemak ada,nasi kerabu ada,lontong ada dan yang selalu menjadi pilihan kami sekeluarga nasi dagang pun ada.
Pagi ni saya nak share satu resepi yang sangat mudah dan yang penting menu ini sesuai disediakan untuk sarapan,tengahari atau makan malam.Bagi ibu2 yang pening nak memikirkan sarapan untuk anak2 tu boleh la acu cuba try resepi mudah ni yer..hehe..
Sup Makaroni ni antara menu kegemaran anak2 saya.Kalau lama saya tak buat mesti diorg akan mintak.Yang penting sup ni tak pedas tapi bagi suka makan pedas tu boleh tambahkan cili padi ke,tambah serbuk lada putih ke tak pun buat jer cili kicap tu..mcam tu jugak cara suami saya makan sup ni..tambahkan cili kicap banyak2 sampai berpeluh2 dibuatnyer..
Ok lah sebelum kita semak resepinyer di sini lagi sekali saya nak bagitau yang resepi ni main agak2 yer.Ikut selera ibu2 nak modified resepi ni ikut kesukaan masing2 yer.Tapi cam biasa la jika ada sebarang kemusykilan jangan segan2 bertanya.Kita sama2 perbetulkan.Maklum la tukang masak amatur kan..hehe..Let's check it out...

SUP MAKARONI SECUKUP RASA

BAHAN-BAHANNYA : ( untuk 5-6 org )

1/2 pek makaroni
6-7 ketul sosej ayam
1 btg karot
1 btg selery
Bunga kobis
2-3 sb serbuk secukup rasa
2-3 sb tepung jagung
Sedikit air (untuk bancuh t.jagung)

CARA-CARANYA :

1.Bersihkan makaroni dan masukkan dlm periuk bersama air.Masukkan secubit garam dan 2-3 titik myk masak (supaya makaroni tu tak melekat).
2.Rebus hingga kembang.Toskan.
3.Sediakan 1/2 periuk air.
4.Masukkan sosej bersama karot,selery dan bunga kobis.Potong ikut size kesukaan.
5.Masak hingga mendidih.Perlahan api dan masukkan makaroni bersama serbuk secukup rasa.
6.Masukkan bancuhan tepung jagung.Kacau hingga sedikit pekat.
7.Sesuaikan rasa.Setelah masak bolehlah dihidang.

P/S : Untuk makaroni tu terpulang ye nak yg bentuk camne,sama gak ngan sayur tu nak tambah sayur lain pun takpe conyohnyer brokoli atau cendawan.Untuk sosej tu nak tukar ngan udang,sotong,fishball atau crabstick pun ok.Yang penting anak2 suka.Ikut stok aper yang ada kat dapur mase tu.Hehe..senangkan resepi ni..

Selamat mencuba ye ibu2 sekalian...

Ahad, 15 September 2013

Kek Gula Hangus

Assalamualaikum..

Bersua lagi kita ye..sebelum celoteh ini diteruskan terlebih dahulu saya ingin mengucapkan Selamat Hari Malaysia kepada seluruh rakyat Malaysia walau dimana saja anda berada.Alhamdulillah..bersyukur sangat2 kita dilahirkan di bumi bernama Malaysia yang aman dan makmur ini.Marilah sama2 kita memelihara kemakmuran ini demi kelangsungan hidup generasi kite akan datang.Kalau bukan kite saper lagi kan..
Hari cuti camni mesti ramai ibu bapa yang awal2 lagi dah membuat perancangan untuk anak2.Ada yang keluar beriadah,mencuba tempat makan yang menarik atau pun mungkin ambil kesempatan bawa anak2 balik kampung.Bagi yang kampung dekat2 la..cuti 3 hari ni sempat kan tapi bagi saya yang kampung nun jauh di Terengganu rasanyer tak cukup kalau cuti 3 hari jer.Macang2 mende nok wak kang..eh eh da keluar slang ganu kiter..hihi
Bagi saya dan anak2 pulak cuti hari ni duduk kat rumah jer sebab suami keluar bekerja.Kalau tak mesti dah bermacam2 plan untuk anak2.Kalau kat rumah apa lagi aktivitinyer kalau tak masak memasak kan..
Okey hari ni saya nak share satu resepi kek gula hangus.Kalau saya kat kampung dulu2 orang panggil kek sarang semut.Kek ni menjadi kegemaran saya masa kecik2.Dah beranak pinak sekarang pun masih suka lagi ngan kek ni.Resepi kek ni saya ambik kat MYR dan yang bestnyer resepi ni guna sukatan cawan dan tak payah diperap2.Saya memang suka kalau menyediakan resepi yang tak memakan masa lama.Bukan aper anak2 ramai kalau lama sangat kat dapur dorang sumer berkumpul kat dapur nanti mula lah sumer bekas2 dikeluarkan wat main pondok2.Saper yang penat..akak jugak kan..hehe..
Jom la kite semak resepi kek ni yer..duk layan celoteh ni sampai esok pun tak abis..

KEK GULA HANGUS

BAHAN-BAHANNYA :

2 1/2 cawan gula pasir
3 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 sb soda bikarbonat
7 biji telur
2 1/2 cawan tepung gandum

CARA-CARANYA :

1.Masak gula pasir dalam periuk dengan api perlahan.Bila gula dah hancur dan hangus ( pekat mcm madu ) masukkan air perlahan2.
*perlu lebih berhati2 sbb air gula tu akan meruwap*
2.Setelah air gula hangus tu dah sebati perlu disejukkan.Masukkan dlm peti ais pun ok.
3.Dalam bekas yang besar satukan minyak masak,susu pekat dan telur.Pukul hingga sebati.Guna whisk tapi saya guna mixer.
4.Satukan soda dan tepung gandum.Saya ayak 2 bahan tersebut.
5.Masukkan tepung berselang-seli dengan air gula hangus yang dah sejuk tadi ke dlm bahan yang telah dipukul.Kacau guna spatula jer.
6.Bila da sebati tuangkan adunan ke dlm loyang.Xperlu di gris.Biarkan seketika.
7.Panaskan oven dengan suhu 180 ~ 190 darjah ( ikut kesesuaian oven masing2 )
8.Setelah oven dah betul2 panas boleh lah dibakar kek tadi selama 1 jam 15 minit atau hingga masak.Sejukkan sebelum dipotong.

Selamat mencuba yer..cam biasa sebarang soalan boleh ditinggalkan di ruangan komen yer ibu2...

Nasi Air Resepi Keluarga..

Assalamualaikum..

Bersua kite di ruangan blog yg xseberapa ini sekali lagi.Diharap kawan-kawan sihat sejahtera di samping insan2 tersayang.Namun dengan cuaca yang tak menentu sekarang kita tidak dapat lari dari gangguan kesihatan.Lebih2 lagi bagi ibu2 yang mempunyai anak kecil macam saya ni..cepat jer dilanda demam atau selsema.Huru-hara jadual harian saya minggu ni.

Mana tidaknyer dari yang sulung hingga yang cinonet semuanyer demam dan selsema.Terkejar2 dibuatnyer nak memenuhi keinginan setiap seorang.Adehhh...apa lagi bila tiba bab makan ni,bila demam dan selsema mesti keinginan untuk makan hilang.Naik pening jugak nak memikirkan hidangan yang nak disediakan untuk mereka.Tapi resepi nasi air ni biasanyer menjadi penyelamat saya.Anak2 pun suka makan nasi air ni kalau tak sihat..bukan anak2 jer tapi mak ngan bapak anak2 pun boleh 2 kali tambah bila makan nasi air ni.Ok la da banyak pot pet pot pet..jom kita jenguk resepi istimewa keluarga saya ni..sebelum tu saya nak jelaskan yang resepi saya ni kita main agak2 ye..xde yang main sukat2 sangat..maklum la ikut resepi org2 lame kan..jadi kalau ada yang tak faham atau jelas usah keberatan  meninggalkan soalan di ruangan komen di bawah..hehe...

NASI AIR

Bahan-bahan : ( Sekeluarga dlm 5-6 orang )

2 pot beras
1/2 ekor ayam
1 sup bunjut
Halia (sebesar 2 ibu jari)
5 biji cili besar merah
Cili padi (kalau nak lagi pedas)
Cuka @ jus limau nipis
Garam
Gula @ perasa

* Bahan Hiasan

Isi ayam (yg telah direbus)
Sawi (dicelur)
Daun sup & bawang
Bawang goreng
Cili besar merah

Cara-caranya :

1.Mula-mula bersihkan beras dan masak sehingga menjadi bubur.Ketepikan.
2.Bersihkan ayam dan rebus dengan setengah periuk air.Setelah mendidih keluarkan bahagian isi ayam untuk dijadikan bahan hiasan nanti.
3.Teruskan memasak sup tadi dengan memasukkan sup bunjut dan halia yang telah diketuk.
Kalau nak sup lebih boleh tambahkan air.Setelah mendidih sesuaikan rasa.Tutup api.
4.Membuat sambal cili.Masukkan cili merah,cili padi,gula,garam dan cuka @ jus limau ke dlm blender.
5.Tambahkan sedikit air masak dan kisar.Ketepikan.
*saya lebihkan cuka atau jus limau untuk rse masam2 dlm nasi air tu*
6.Masukkan 1 @ 2 senduk bubur nasi ke dlm mangkuk.Tuangkan sup dan masukkan bahan hiasan iaitu sawi celur,daun bwg dan daun sup,bawang goreng,isi ayam yang dah dicarik2,hirisan cili merah dan akhir sekali masukkan sambal cili.
7.Sedap dimakan panas.Setiap kali hendak makan boleh panaskan sup terlebih dahulu.

Selamat mencuba ye...

Selasa, 10 September 2013

Dapat buat blog sendiri..

Assalamualaikum...
First n3 kat blog ni xtau nk tulis ap,excited rsenyer ad blog sendiri..sbnarnyer sye ni bru tau psal blog2 ni semenjak google cri resepi yg sedap,menarik dan mmbuatku trtarik..
Start dri tu slalu berangan nk ad blog sendiri..nk share psal minat sye ni apa lagi klau x hal masak n makan..kaki makan tpi bdan cekeding jgak..huhu..keturunan agaknyer..dri ayah,mak n adik-beradik sumenyer sekeping..xpe la asalkan sihat walafiat kan..kan..
Cuma ayah ad gak kencing manis..tpi alhamdulillah di tahap terkawal.
Berbalik pda citer masak ni sye minat dri skolah rendah lgi..dibesarkn oleh tok ngan nenek dan nenek boleh dikatakan antara org yg terror masak kat kg,klu ad kenduri kendara mesti nenek diundang utk memasak tpi buknnyer sorg2...ada la geng2 masaknyer..hehe.
Start dri ctu sye selalu ikut nenek dan tgok cara beliau mnyediakn hidangan.Alhamdulillah..sampi skrg minat tu melekat dlm diri ini..Tak lupa jgak tunjuk ajar ibu trsayang..smpi skrg pun klu nk tya mngenai resepi sesuatu masakan sye akan hubungi ibu di kampung...Terima kasih kpada blogger2 yg brkongsi resepi,petua n teknik2 dlm masakan samada lauk-pauk,kuih tradisional,kek,biskut,pencuci mulut dll.Banyak sungguh ilmu masakan yg sye perolehi dri brkunjung ke blog2 masakan ini.In sha Allah sye akan terus belajar dan belajar ilmu masakan yg amat sye minati ini.
Kepada yg sudi brkunjung ke blog saya yg xseberapa ini terima kasih sye ucapkan..diharap mndapat sedikit ilmu yg sye kongsikan hasil dri kunjungan sye ke blog2 yg sye anggap sifu dlm bidang masakan.
Sye budak bru belajar,
Salah dan silap mohon dimaafkn..