Halaman

Sabtu, 5 Oktober 2013

Kuih Lopes

KUIH LOPES
Resepi : tulip77
Rujukan : Azlitamasammanis
Oleh : @mamaanisnadeem

Bahan-bahannya :

2 cwn beras pulut
2 cwn santan cair
1/2 cwn air pandan (dikisar)
1 sk air kapur
1 sk garam
Pewarna hijau
Sebiji kelapa parut *digaul dgn sedikit garam
3 ketul gula melaka
5 sb gula
3 cwn air

Cara-caranya :

1. Bersihkan beras pulut.Rendam selama 2-3 jam bersama air kapur dan beberapa titik pewarna hijau.
2. Toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dlm loyang.Kukus selama 20 minit.
3. Masukkan santan cair dan garam.Masukkan juga air pandan.Kacau sedikit dan kukus semula selama 30 minit atau hingga masak.
4. Masukkan ke dlm loyang yg dah dialas dgn plastik dan tekan padat.Bila dah sejuk boleh dipotong mengikut bentuk yg disukai.
* cara saya ialah lepas pulut dikukus hingga masak biarkan hingga sejuk dan bentukkan bulat leper jer.
5. Golekkan dlm kelapa yg dah digaul sedikit garam. Susun di atas pinggan dan ketepikan.
6. Cara buat air gula.
Masukkan air ke dlm periuk bersama gula melaka dan gula pasir. Didihkan hingga pekat.Sejukkan.
7. Sedia dihidang kuih lopes bersama air gula yg dah disejukkan.

Selamat mencuba..dijamin puas Hati..tataaaa..

Mee Udang

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu semua.Alhamdulillah bersua lgi kte.Lamenyer x berblog rindu rsenyer tpi apakan daya busy ckit sejak kebelakangan ni.Last n3 ari tu pd 26 sept..hrmmm da dekat 2 minggu jgak cuti berblog.Macam2 dugaan yang saya hadapi.Dua minggu lepas bermula ngan Nadeem pastu Isha pastu Ira dan yang last Kakak..sumer dilanda muntah dan cirit-birit.Nasib baik kena sorg2 klu serentak mungkin pengsan dibuatnyer.Tapi bila dah bagi ubat Alhamdulillah..skrg anak2 sihat walafiat.
Lepas ank2 papanyer pulak dilanda demam dan selsema.Biasalah kite org dah berumur ni mmg jarang2 demam tpi sekali demam satu badan sakit2 sendi.Semua rase tak kena. Duduk salah.. berdiri salah.. baring pun salah..kesian tengok Mr hubby.Berkat doa dan makan ubat Alhamdulillah..sihat sejahtera.
Ok lah sebenarnya ari ni saya nak share salah satu resepi yg first time saya masak.Walaupun first time tapi resepi yg saya dapat kat SINI memang puas hati.Terima kasih sgt2 kepada tuan punya resepi ni yer.Memang sebelum tu kami pernah makan mee udang ni kat kedai tapi bagi saya resepi ni lagi best.Klu nak tahu nanti cuba buat yer adik2 dan kakak2.
Jom kte check resepi mee udang ni..

MEE UDANG

Bahan-bahannya :

2 paket mee kuning (dicelur)
1/2 kg udang (asingkan kulit & kepala)
1/2 ekor ayam

Bahan2 utk dikisar :

2 biji bwg besar
4 ulas bwg merah kecil
4 ulas bwg putih
1 inci halia
8-10 tangkai cili kerning @ 3-4 sb cili boh

Bahan2 hiasan :

Mee kuning *direndam air panas,toskan
Sawi/kangkung *dicelur
Taugeh *dicelur atau biar fresh
Tauhu goreng *saya ltak fish cake (dicelur)
Telur rebus
Daun sup & bawang
Cili paid *dipotong
Bawang goreng
Isi udang
Fish ball *dicelur
Isi ayam

Cara-caranya :

1. Rebus ayam dgn 10 cawan air selama 30 minit. Biarkan sejuk dan asingkan isi ayam.
2. Kulit dan kepala udang digoreng hingga kekuningan. Masukkan dlm air rebusan ayam.Rebus lagi selama 15 minit.
3. Keluarkan kulit dan kepala udang
dan masukkan tulang ayam. Teruskan merebus.
4. Kulit dan kepala udang dikisar bersama 1-2 cawan air dan masukkan ke dlm air rebusan tadi.
5. Guna minyak yg goreng kulit dan kepala udang tadi utk menumis bahan kisar.
6. Bila dah keluar minyak tuangkan ke dlm air rebusan.
7. Masukkan isi udang.Perasakan dgn garam & gula.Utk memekatkn kuah masukkan 2 sudu besar tepung jagung yg telah di bancuh.
Sedia untuk dihidang.
8. Masukkan mee kuning ke dlm mangkuk dan masukkan bahan hiasan. Tuangkan kuah.

Selamat mencuba yer.....tataaaa..

Khamis, 26 September 2013

Blueberry Cheese Tart

Assalamualaikum...

Hai semua..saya doakan semoga berada di dalam keadaan baik2 saja.Dah ada yang tido ke? untung la dapat tido awal..saya ni pulak da terbiasa pukul 12 ke pukul 1am baru rse nak tido tapi kadang-kadang ada gak time out of service.Tengok2 dah lentok..atas sofa pun jadi,kata mr hubby dia ckap sorang2.Kesian...hihi..
Malam ni boleh landing lebih ckit sbb anak2 tido awal mungkin penat la tu main kat taman petang tadi.Gitu la kebiasaannya,hari khamis seminggu sekali saya akan bawak Nadeem,Isha n Ira main kat taman berdekatan ngan umah kami ni.Bukan aper ari khamis sekolah Shafika abis pukul 6.05 ptg jadi boleh la papanyer singgah sekali kat taman lepas jemput Shafika dari sekolah.Kalau ari lain xde chance nak g taman sebab sekolah abis agak lewat petang.
Bila anak2 tido apalagi mr hubby duk melayan kucing lah.Sampai berkejar-kejar ngan si ciko tu.Yang paling tak boleh tahan malam ni makan mr hubby masak kan tom yam.Apalagi mam besar rileks laaaa.Tks yer mr hubby..hehe..sedap banget..
Ok lah berbalik pada tajuk n3 saya malam ni saya nak share resepi blueberry cheese tart tapi sebelum tu nak tanya saper yang suka makan cheese tart..haah kita boleh geng.Saya pun suka sangat ngan cheese tart ni lebih2 lagi yang sejuk.Lagi sedap rasanya kan.
Sebenarnya termasuk semalam dah dua kali saya buat cheese tart ni.Pertama kali buat time bulan pose ari tu.Saya buat letak filling blueberry n strawberry.Memang mendapat sambutan.Anak2 pun lepas sorang2 keluar masuk dapur bukak peti ais.Seronok tengok gelagat diorang.Mr hubby pun cakap sedap apa lagi kembang la kejap hidung mama ni..he2..excited ada..xcaya pun ada sebab cheese tart yang biasa kita boleh jumpa kat kedai kek ni rupanya kita boleh sediakan fresh lagi dari umah kita.Lagi puas hati kan jamu orang tersayang ngan air tangan sendiri.
Tapi jangan tak tahu sebelum nak mula buat cheese tart ni lama jgak saya study pasal cara2 nak menyediakan shell/crust n cream cheese tu.Bukan aper orang baru nak belajar cam saya ni kadang2 lambat ckit nak alert.Maklum la faktor usia gak kot..huhu..
Saya dapat resepi ni kat SINI.Terima kasih yer Kak Ita siap buat step by step lagi.Memang banyak membantu saya di atas segala info yang beliau kongsikan.
Ok lah tak nak cakap banyak lagi jom kita terus check bahan2 dan cara2 untuk menyediakan shell/crust dan cream cheese untuk cheese tart kita.

BLUEBERRY CHEESE TART
Resepi : Kak Ita Masam Manis
Oleh : @mamaanisnadeem

Bahan-bahan ( shell/crust )

170gm marjerin atau butter
50gm gula icing
1 biji telur gred C
290gm tepung gandum
1 sk esen vanilla
Acuan tart

Cara-cara :

1. Pukul marjerin @ butter bersama gula dgn menggunakan senduk kayu atau spatula.Jangan pukul terlalu lama.
2. Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul lagi dgn senduk kayu.
3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit.Uli hingga menjadi doh yang lembut.

** kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
** untuk mendapatkan doh yang baik masukkan doh ke dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman.

4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dlm acuan tart.Buat hingga habis dan susun ke dlm dulang pembakar.Kemaskan bahagian tepi tart dgn menggunakan pisau.
5. Cucuk dgn garfu sebelum dibakar.Bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 20 - 25 minit atau hingga masak.

** shell/crust ni kita boleh sediakan terlebih awal.
** simpan dlm bekas kedap udara dan ia tahan lama.
** tunggu shell/crust betul2 sejuk sebelum kita letakkan filling dan cream cheese.
** jika guna telur gred B buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan shell/crust menjadi keras sangat.

Bahan-bahan ( filling )

Filling blueberry,strawberry,coklat,kiwi,oren atau jem nenas.
( bahan2 utk filling ni boleh kita dapatkan dari kedai2 menjual bahan2 utk membuat kuih dan kek)

Cara-cara :

1. Masukkan filling blueberry atau kesukaan ke dlm piping bag.
2. Picitkan filling tadi ke dlm shell/crust.Lebih banyak lebih sedap.
3. Ketepikan.Sedia untuk membuat cream cheese.

Bahan-bahan ( cream cheese )

250gm cream cheese
50gm gula kastor
1 biji telur gred B
1/2 sk esen vanilla

Cara-cara :

1. Putarkan cream cheese dan gula kastor hingga berkrim.

** keluarkan cream cheese 20 - 30 minit sebelum digunakan.
** jangan biarkan cream cheese
mencapai ke suhu bilik.

2. Masukkan telur dan esen vanilla.Putar lagi.
3. Masukkan cream cheese ke dlm piping bag dan picit ke dlm shell/crust yang sudah diletakkan filling terlebih dahulu.
4. Kemudian bolehlah kita mulakan proses melorek ke atas cheese tart tadi.
5. Bakar selama 5 minit pada suhu 170 darjah celcius.Sentuh cream dgn hujung jari jika tak melekat maknanya telah masak.Jika tidak,bakar lagi lebih kurang seminit lagi.
6. Sedia dihidang.Boleh dimasukkan ke dlm peti ais.

** untuk rujukan saya di masa akan datang..bakar api atas dan bawah tetapi diletakkan dulang pembakar di rak yang bawah.
** simpan di dlm bekas kedap udara dan masukkan ke dlm peti ais.

Sekian..selamat mencuba yer..jumpa lagi di masa akan datamg. in sha Allah...

Selasa, 24 September 2013

Kek Alunan Kasih

Assalamualaikum...

Selamat pagi Rabu..Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk bersama dengan insan2 tersayang..semoga hari ini menjadi hari yang lebih baik dari semalam.Itulah tujuan utama hidup kita kan,sentiasa berusaha menjadi insan yang lebih baik.Semoga apa saja yang kita lakukan hari ini diberkati oleh Allah S.W.T.
Pagi yang cerah..mood pun jadi ceria jer kan tu lah sbbnyer pagi2 da berblog.Isha tido lagi..krja umh dah beres..apa lagi ambil peluang jap sambil melayan kerenah cinonet Ira ni.
Macam mne ibu2..rutin ari ni berjalan dgn lancar tak atau ada yang jadi kucar-kacir ckit.Biasa lah kan kadang2 kerja kat rumah ni jadi mudah semuanya tpi kadang2 benda yang kita buat tu semuanya jadi tak kena..ada jer benda yang tak berkenan kat mata.
Sabar yer...
Sebenarnya pagi ni saya masih nak share  resepi pasal kek.Maklum lah keluarga kek.Satu rumah ni memang suka makan kek.Tu sebabnyer saya suka mencuba pelbagai resepi kek.Memang mendapat sambutan.Kadang2 bila lama cuti membaking anak2 akan tanya "kenapa mama tak buat kek".
Tu la sebabnyer saya rajin mencari resepi kek kat buku2 dan jugak blog2.Dan saya beruntung mempunyai juri tetap dalam memberi komen setiap resepi kek yang saya cuba iaitu mr hubby...hehe..anak2 pun dah pandai memberi pandangan masing2..masih dlm proses belajar so byk la komen dan pandangan yg diberikan mereka.In sha Allah akan saya perbaiki di masa akan datang.Ok lah berbalik pada kek yang saya akan share resepi ari ni adalah sejenis kek yang memang tak asing bagi kita.Dan saya percaya dah ramai adik2 dan kakak2 yang sudah mencuba resepi kek ni.Nama lain yg biasa digunakan utk kek ni ialah Kek Ombak Rindu..dah macam tajuk filem lak kan.Resepi ni saya dapat dari Buku Jamuan Kek oleh Chef Zubaidah.Saya amat berpuas hati dengan rasa dan struktur kek ni.Manisnyer yang sedang2 saja dan sedikit rasa pahit dari taburan serbuk koko tu.Jom kita check resepi di bawah yer..

KEK ALUNAN KASIH

Bahan-bahan :

250g mentega *saya guna buttercup
5 biji telur
300g tepung naik sendiri *saya guna tepung gandum
200g gula kastor
100g susu cair
2 sb susu pekat manis
1 sk ovalette
- beberapa titik pewarna mengikut kesukaan
- serbuk koko yang secukupnya

Cara-caranya :

1. Pukul mentega,gula kastor dan ovalette.
2. Masukkan telur satu persatu.Kemudian masukkan tepung,susu pekat manis dan susu cair.Sebatikan adunan dan gaul sehingga rata.
3. Bahagikan kepada 3 bahagian dan masukkan pewarna kesukaan ke dalam setiap satu.
4. Tuangkan adunan pertama ke dalam acuan berukuran 8".Ayakkan serbuk koko di atas adunan dan tuangkan adunan berwarna lain.Ulangi sehingga semua adunan habis digunakan.
5. Bakar adunan di dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 150 darjah celcius selama 45 minit atau sehingga masak.

Selamat mencuba yer..

Kek Coklat Moist Kukus & Ganache

Assalamualaikum..

Alhamdulillah..masih diberi kesempatan oleh-Nya untuk saya menulis sekali lagi kat blog yg x seberapa ni walaupun kesihatan sedikit terganggu..lame rsenyer xdmm tpi sekali demam abis semua satu badan jadi berat.Lenguh2..sakit2 semua sendi dan urat2 ni..
Semua krja dapat buat yg mne larat jer..yg xlarat tu past kat mr hubby tlg..hehe..tks yer mr hubby..nasib la anak2 tak meragam sgt mungkin kesian tgk mamanyer yang asyik terbaring jer..alhamdulillah..tks ank2 ku..
Ok la sebenarnyer resepi kek ni saya dapat dari azlita masammanis.com dan saya dah pun mencubanya.Walaupun sebelum ni saya pernah mencuba satu dua resepi kek coklat moist kukus tapi bagi saya yang ni paling moist dan menepati selera kami sekeluarga.Ditambah lagi kek yang bersalut ganache coklat yang ummmpphh....hingga terjilat2 jari dibuatnyer..kat sini jgak saya akan kongsikan beberapa resepi ganache coklat yang mungkin salah satu menjadi pilihan adik2 dan kakak2 yer...yang penting kek ni menggunakan sukatan cawan.Kejap jer nak buat kek ni..zup..zup..zup..dah siap...
Jom kita check resepi kek ni..

KEK COKLAT MOIST KUKUS
Resepi Asal : Pn.Munira Baharum
Rujukan : Kak Azlita Masam Manis
Oleh : @mamaanisnadeem

Bahan2 A :

1 cwn gula pasir
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu cair *sya tukar ngan susu coklat dutchlady
1 cwn susu pekat
1 cwn myk masak
** semua bahan di atas  digaul sebati dan masak di atas api perlahan.
** Bila dah sebati,rehatkan sekejap adunan tersebut.

Bahan2 B :

3/4 cwn tepung gandum
1 sk soda bikarbonat ( sudu kfc )
1 sk baking powder ( sudu kfc )
** semua diayak

Bahan2 C :

4 biji telur ( blender jer )

Cara-caranya :

1. Satukan bahan2 A.
2. Masukkan bahan2 B ke dlm bahan A secara berselang seli dengan bahan C.
3. Gaul dengan menggunakan senduk sahaja.
4. Griskan loyang dengan minyak masak dan panaskan terlebih dahulu loyang tersebut sebelum tuang adunan kek.
5. Kukus kek tersebut selama 30 - 45 minit bergantung kepada saiz loyang yang digunakan.
6. Untuk memastikan kek sudah masak ialah dengan mencucuk kek tersebut dgn lidi,bila tak melekat maka masak lah kek kita.

***untuk rujukan saya..sebelum dikukus loyang ditutup dengan aluminium foil supaya air kukusan xmenitik atas kek yang menyebabkan permukaan kek berlubang-lubang.
*** jika menggunakan bekas plastik/tupperware boleh ditutup bekas tersebut dengan penutup bekas yg digunakan.

RESEPI GANACHE 1

Bahan2nya :

500g coklat masakan
500g fresh cream
2 sk golden syrup

Cara2nya :

1. Cairkan coklat dengan menggunakan kaedah double boil.Bila dah cair ketepikan.
* utk cepat cair coklat boleh dicincang atau dipotong dadu.
2. Ambil fresh krim dan masak guna kaedah double boil.Pastikan dah suam/panas sebelum diangkat.
* tak perlu sampai menggelegak
3. Masukkan fresh cream tadi ke dlm bekas yang berisi coklat cair dan kacau lagi secara double boil hingga sebati.
4. Masukkan golden syrup.Kacau lagi hingga sebati dan tutup api.

RESEPI GANACHE 2

Bahan2nya :

1/2 cwn serbuk koko
1/2 cwn tepung jagung
1 cwn air masak
1 cwn gula
1 cwn susu segar
1 sk serbuk nescafe
3 sb susu pekat

Cara2nya :

1. Satukan kesemua bhn di atas dan ditapis sebanyak 3x.
2. Kemudian masak secara double boil.Perlu dikacau berterusan sehingga adunan coklat memekat.
3. Semakin lama dikacau akan menjadi semakin pekat.Sesuaikan kepekatan yang diingini.
4. Untuk cairkan semula boleh tambahkan susu cair.
* ganache ni tidak sesuai untuk hiasan fondant sbb ia akan mencair...

Sekian..selamat mencuba yer..babai....

Ahad, 22 September 2013

Nasi Dagang Teganu Kite

Assamualaikum...

Cbuk ker adik2,kakk2 n makcik2..atau kuar brjalan ari ni,ye la time cuti camni la nk merayap kan..asyik kat umah jer boring jgak kan.Sekali sekala kuar cuci mata apa salahnyer..saya sekeluarga ari ni kat umah jer sbb my hubby da warning awal2 yang ari ni dia ad mesyuarat rukun tetangga kat blok kami ni.Pastu byk krja nak buat katanyer..mndikan kucing la,servis aircond la dan bersihkan akuarium..hhmmm byk krja nk kna bwat tu tpi xpe la bukan selalu kan....
Oh ya berbalik pada tjuk n3 saya ari ni..tak lain tak bukan adalah citer pasal nasi dagang.Sebenarnya dah lame saya nak masak sendiri nasi dagang tapi ntah la takut2 jer nak buat..takde keyakinan pun ye jugak tapi semalam mnjadi hari bersejarah pada saya kerana berjaya memasak sendiri nasi dagang dan gulai ikan tongkol..seronok tak terkira tgk suami dan anak2 menikmati dgn berselera sekali..Alhamdulillah rezeki kami semalam..tapi baru 1st time buat kan byk lagi yang boleh diperbaiki semoga di masa akn datang nasi dagang saya mnjadi lebih sedap..hehe..
Resepi nasi dagang ni sebenarnya  dah lama berada dlm simpanan saya yang diperolehi daripada tok kat kampung.Tok mmg pakar buat nasi dagang ni.Bila hari raya ni la juadah istimewa beliau sajikan untuk anak,cucu dan menantu..terangkatttt...adoiii rindu pulak ngan nasi dagang beliau...hehe..
Dengan nasinyer yang lemak tu dan ditambah lagi ngan gulai ikan tongkol yang best tu..mmg tak rugi la mncuba resepi dari tok ni.
Ok la adik2 dan kakak2..xmo cakap byk lagi jom kte terus check senarai resepi nasi dagang teganu kite ni..tpi cam biasa la kte main agak2 ye resepinyer tak perlu nak sukat2 sangat..senang dan mudah..mudah..mudah..ngee...

NASI DAGANG

BAHAN-BAHANNYA : ( utk sekeluarga 5-6 org )

4 cwn beras
2 cwn beras pulut
2 cwn santan cair
2 - 2 1/2 cwn santan pekat
Halia
5 ulas bwg merah
Halba
Garam secukupnya

CARA-CARANYA :

1. Mula2 campurkn dan bersihkan kedua-dua beras.Rendam semalaman.
( kalau nak makan pgi keesokan mlm ni boleh direndam )
2. Setelah direndam semalaman bersihkan dan toskan.Masukkan ke dlm periuk pengukus yg dah dipanaskan terlebih dahulu.
3. Kukus setengah masak ( dlm 25-30 min ) dan angkat.Masukkan ke dlm bekas besar dan tuang santan cair.Gaul sebati dan kukus sekali lgi.
4. Setelah masak angkat dan masukkan sekali lgi ke dlm bekas besar.Gaul sebati dengan santan pekat yang sudah ditambah garam.
5. Masukkan hirisan bwg merah dan halia.Masukkan halba.Gaul sebati dan kukus lgi dlm 5-10 min.
6. Angkat dan hidang bersama gulai ikan tongkol.

* Beras yg digunakan adalah beras biasa untuk makan sehari-hari sbb tu saya campurkan beras pulut untuk dptkan tekstur yg diingini.Nisbahnyer 1 cwn beras biasa = 1/2 cwn beras pulut.
* Bgi yang menggunakan beras wangi boleh gunakan sukatan mcm biasa.Tak perlu ditambah beras pulut lgi.

GULAI IKAN TONGKOL

BAHAN-BAHANNYA :

Seekor ikan tongkol hitam ( size sederhana - besar )
*10 - 12 ulas bwg merah kecil
*3 ulas bwg putih
*Sebesar ibu jari halia
*Lengkuas
*2 btg serai
*2 - 3 sb cili boh
Asam keping
Gula Merah
1 paket kecil rempah gulai cap bunga ros
1 paket kecil rempah masak cap bunga ros
1 btg kulit kayu manis
Sedikit belimbing buluh
Sedikit cili padi
Santan secukupnya
Garam dan perasa
* Bahan yg perlu dikisar dgn sdikit air

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan ikan dan kukus bersama sedikit garam dan asam keping.
*kaedah kukus disini ialah masak ikan tadi dalam periuk bersama garam dan asam keping.Pastikan air meliputi ikan sahaja.Tak perlu terlalu byk airnya.
2. Bila dah masak ketepikan.Sediakan bahan2 gulai.
3. Masukkan santan ke dlm periuk bersih.Agak2 kepekatannya.
4. Bila santan dah hampir mendidih masukkan bahan kisar bersama kulit kayu manis.Diikuti kedua-dua jenis rempah yg telah dibancuh dgn sdikit air.Masak hingga naik minyak.
5. Kemudian masukkan asam keping,gula merah,garam dan perasa.
6. Masukkan pula belimbing buluh dan cili padi ( xperlu dipotong )
7. Kacau lagi hingga kuah gulai sedikit pekat.Sesuaikan rasa.Akhir sekali masukkan ikan yg telah dikukus terlebih dahulu tadi.
8. Sedia dihidang.
* Gulai seeloknya dimasak terlebih awal untuk dapatkan kuah yang betul2 sedap dan tekstur ikan yg btul2 sebati dgn kuah.Jika utk dimkn waktu pgi mlm sebelumnya boleh lah dimasak gulai tersebut.
* Pd yang gemar boleh sediakan acar timun untuk di mkan bersama nasi dagang + gulai ikan tongkol.

Kepada adik2 dan kakak2 cuba lah resepi ni yer.Memang berbaloi2.Rasa sekali pasti nak buat lagi..hehe..ok la tataaaaa..

Selamat mencuba yer.....

Jumaat, 20 September 2013

Kuih Keria Keledek

Assalamualaikum...

Dah tido ke adk2..kakak2..ok la tu masa pun da lewat kan..dapat rebahkan bdan yg tak duduk diam satu hari nikmat sungguh rasanyer..macam2 benda nak dibuat.Nama jer bwat kerja dalam umah tpi klau letak meter kat kaki ni mungkin sama jauh perjalanan dari Klang ke Shah Alam..hehe..
Ok la n3 kali ni saya nak share
satu resepi yang mudah dan boleh disediakan oleh sesiapa saja.Disamping itu boleh dijadikan rujukan untuk saya sendiri..maklum la kadang2 resepi yg mudah pun klu lama tak dipraktikkan bleh lupa jgak ditambah lagi faktor usia ku ini..huhu..ok la jom check resepi senang ni..

KUIH KERIA KELEDEK

BAHAN-BAHANNYA : ( 25 biji saiz sederhana )

* Ubi Keledek (saya guna yg kuning 400g)
* Tepung Gandum
* 1 biji telur
* 1 sb marjerin
* Gula
* Sedikit air

CARA-CARANYA :

1. Bersihkan keledek dan rebus hingga empuk.Sejukkan,buang kulit dan lecek.
2. Masukkan telur dan marjerin.
3. Gaul sebati dan masukkan tepung sedikit demi sedikit.
4. Uli sebati dan pastikan keadaan doh sedikit melekat pada jari.
*utk memudahkan doh dibentuk sapukan sedikit minyak masak pada jari.
5. Susun doh yang telah dibentuk seperti donut dengan menggunakan tangan atau acuan donut.
6. Setelah dibentuk boleh lah digoreng hingga masak.Ketepikan.
* goreng dalam myk yang bnyak dan dgn api perlahan.
7. Untuk sira.
~ Masukkan 4-5 sudu besar gula ke dlam kuali bersama 4-5 sudu besar air
~ Masak hingga berbuih dan msukkan kuih keria tadi.
~ Kacau hingga sebati dan sedia dihidang.
*sira gula akan mengeras dengan cepat dan menjadi berketul2.
*pd yang tidak menggemari kuih keria yang disira boleh lah digaul dengan gula icing.

Sekian..selamat mencuba yer resepi kuih keria yang sedap dan lembut ini.Babai...bersua lagi di n3 akan datang..he2..